Pages

Thursday, October 29, 2009

lecture of the day!!!!!!!!!!!!!

hari ini hari ke4 maka aku seperti biasa pergi ke kelas yang dihadiri oleh budak2 master dan PhD.. macam2 yang aku dengar hari ini..tapi kelas tidak membosankan bagi aku...huhuhu..
hari ini lelaki itu dan aku berbalas senyuman..tapi belum sempat untuk bertegur sapa... macam biasa lah tak ada masa...huhuhuhu...
hari ini kelas agak bingit dengan ledakan pertanyaan dari budak2 PhD dan Master...aku sekadar memerhati sahaja..
hari ini aku, si AY( nama gelaran) dan AZ(nama gelaran gak).. makan bersama.. aku rasa malas nak bercampur dengan budak yang lain kerana budak2 lain ada kumpulan tersendiri..malas aku nak join..teringat pula kat budak2 RPP batch aku..masing2 okay je..aku bersyukur dapat kawan sekelas macam 2.. masih lagi bertanya khabar walau tidak berjumpa..
kelas abis awal selepas Prof tamat syarahannya. penat namun okay je!!!!!!!!
AZ dah blah kerana bosan jadi aku tumpang kereta AY.. kesian dengan citer AY pasal kawan2 dia...mungkin itu ujian bagi dirinya....

hidup ini penuh dengan kepalsuan

Persahabatan adalah sesuatu ikatan yang murni dalam hubungan antara sesama manusia. tetapi tiada makna seandainya tiada keikhlasan dalam persahabatan..
banyak cerita yang aku tahu dan banyak pengalaman yang aku alami. ditinggalkan kawan tanpa sebab, kawan menikam dari belakang dan lain2..

kenapa kita perlu bermusuh tanpa alasan yang logik..kenapa perkara remeh temeh perlu jadi penghalang kepada persahabatan..recently, aku mendengar luahan hati aku mengenai hubungan dia dengan kawan2 dia..kesian kat kawan aku ni... dia jadi bahan umpatan sesama rakan sendiri...malahan dia juga memberitahu bahawa kawan2 dia sebenarnya sama2 menikam dari belakang.. kesian betul..

aku mendengar luahan dia.. lepas itu aku lebih berhati2 kerana mereka juga adalah kawan2 aku...
aku decide something..aku nak quit dari bersahabat dengan mereka malahan dengan orang yang rasa mempermainkan aku..entahla rasa betul ke x tindakan aku ini

Wednesday, October 28, 2009

menyusuri hari2 di UM...

Hari ini kelas ke3 aku hadiri.. agak penat berbanding masa amik degree dlu...
kerana kemalasan yang amat sangat, aku berkeputusan untuk menaiki teksi..
bukan sekadar malas tetapi kerana kaki aku melecet...petang semalam baru aku menyedari kaki aku berdarah walaupun waktu pagi, aku rasa sakit...

aku melihat seseorang yang aku kenali dahulu tetapi dia agak pemalu..susah nak berkomunikasi la pulak..tapi hanya SMS sahaja menjadi perantara di antara kami..redha je dapat kawan macam ni..
aku gembira hari ini aku jumpa bekas tutor dan lecturer sejarah..sempat kami bersalaman antara satu sama lain...maklumlah dah lama tak berjumpa..

aku masih ingat hari pertama kelas metod tiga hari lepas.. aku melihat seseorang yang seiras dengan "teman"ku.. aku tak jemu2 melihat si dia kerana wajah nya persis temanku..
beberapa kali aku terlelap dalam kelas..pemalas betul la aku ni..

esok ape pulak yang berlaku...