Pages

Sunday, December 6, 2009

Kawan2 Versus Kawin


Sekarang musim kawin..ramai kawan2 aku ikat tali pertunangan dan paling best kawan2 aku sudah masuk ke alam baru..alam perkahwinan..

aku berharap semoga gerbang mahligai mereka sentiasa aman dan sentosa hendaknya..


Mungkin aku agak ketinggalan untuk mengetahui perkembangan mereka..ape2 pun semoga mereka bahagia..


Luve you all.. semoga dapat menambahkan zuriat lagi..


Friday, November 13, 2009

Rindu pada kawan2...



Kerinduan pada kawan2 selalu menyengat apabila kita mengenang kembali picture2 lama semasa kita bersama kawan..


Aku juga seperti itu..melihat gambar2 dahulu..mengingatkan aku kepada mereka.. masa dan kerjaya akan membataskan hubungan persahabatan kita. namun aku sentiasa mendoakan kalian sentiasa bahagia,dimurahkan rezeki dan panjang umur..

Without you all. perhaps I'll be nobody today!!

I Love You all

Thursday, October 29, 2009

lecture of the day!!!!!!!!!!!!!

hari ini hari ke4 maka aku seperti biasa pergi ke kelas yang dihadiri oleh budak2 master dan PhD.. macam2 yang aku dengar hari ini..tapi kelas tidak membosankan bagi aku...huhuhu..
hari ini lelaki itu dan aku berbalas senyuman..tapi belum sempat untuk bertegur sapa... macam biasa lah tak ada masa...huhuhuhu...
hari ini kelas agak bingit dengan ledakan pertanyaan dari budak2 PhD dan Master...aku sekadar memerhati sahaja..
hari ini aku, si AY( nama gelaran) dan AZ(nama gelaran gak).. makan bersama.. aku rasa malas nak bercampur dengan budak yang lain kerana budak2 lain ada kumpulan tersendiri..malas aku nak join..teringat pula kat budak2 RPP batch aku..masing2 okay je..aku bersyukur dapat kawan sekelas macam 2.. masih lagi bertanya khabar walau tidak berjumpa..
kelas abis awal selepas Prof tamat syarahannya. penat namun okay je!!!!!!!!
AZ dah blah kerana bosan jadi aku tumpang kereta AY.. kesian dengan citer AY pasal kawan2 dia...mungkin itu ujian bagi dirinya....

hidup ini penuh dengan kepalsuan

Persahabatan adalah sesuatu ikatan yang murni dalam hubungan antara sesama manusia. tetapi tiada makna seandainya tiada keikhlasan dalam persahabatan..
banyak cerita yang aku tahu dan banyak pengalaman yang aku alami. ditinggalkan kawan tanpa sebab, kawan menikam dari belakang dan lain2..

kenapa kita perlu bermusuh tanpa alasan yang logik..kenapa perkara remeh temeh perlu jadi penghalang kepada persahabatan..recently, aku mendengar luahan hati aku mengenai hubungan dia dengan kawan2 dia..kesian kat kawan aku ni... dia jadi bahan umpatan sesama rakan sendiri...malahan dia juga memberitahu bahawa kawan2 dia sebenarnya sama2 menikam dari belakang.. kesian betul..

aku mendengar luahan dia.. lepas itu aku lebih berhati2 kerana mereka juga adalah kawan2 aku...
aku decide something..aku nak quit dari bersahabat dengan mereka malahan dengan orang yang rasa mempermainkan aku..entahla rasa betul ke x tindakan aku ini

Wednesday, October 28, 2009

menyusuri hari2 di UM...

Hari ini kelas ke3 aku hadiri.. agak penat berbanding masa amik degree dlu...
kerana kemalasan yang amat sangat, aku berkeputusan untuk menaiki teksi..
bukan sekadar malas tetapi kerana kaki aku melecet...petang semalam baru aku menyedari kaki aku berdarah walaupun waktu pagi, aku rasa sakit...

aku melihat seseorang yang aku kenali dahulu tetapi dia agak pemalu..susah nak berkomunikasi la pulak..tapi hanya SMS sahaja menjadi perantara di antara kami..redha je dapat kawan macam ni..
aku gembira hari ini aku jumpa bekas tutor dan lecturer sejarah..sempat kami bersalaman antara satu sama lain...maklumlah dah lama tak berjumpa..

aku masih ingat hari pertama kelas metod tiga hari lepas.. aku melihat seseorang yang seiras dengan "teman"ku.. aku tak jemu2 melihat si dia kerana wajah nya persis temanku..
beberapa kali aku terlelap dalam kelas..pemalas betul la aku ni..

esok ape pulak yang berlaku...

Sunday, September 6, 2009

aku mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsi bersama..namun tidak pernah aku publish kan di mana2 cetakan kerana aku sendiri takut untuk berkongsi..
namun aku harap perjalanan aku menjadi seorang pelajar master kali ini mampu mengubah kehidupan aku ke arah yang lebih matang dan berkeyakinan..

Mengingati sesuatu perkara berharga adalah anugerah terbaik dalam hidup kita.. sebagaimana dengan aku, aku akan menghargai teman-teman dan sahabat yang menjadi sahabatku kini dan selamanya..

Persahabatan aku dan kamu adalah ikhlas..bukan kerana rupa ku menerima diri mu tetapi kerana hati dan pekerti mu membuat aku menerima mu sebagai seorang daripada hidupku..

hargailah persahabatan kita..

Wednesday, June 10, 2009

welcome to kuantan (series 2)



hari kedua..agak memenatkan kerana di situ bermulanya game kami semua..


menentang team2 yang agak boleh la..sebelah pagi kami menentang johor...main kul 11 lebih..gelanggang berbumbungkan langit yang biru...


tension gile dengan permainan pertama nih!!!!


rasa duduk luar lebih baik daripada main kat dalam...


huhuhuhu..


bila la aku nak jadi......?
dah bertambah itam aku....isk..isk...isk...
johor nampak berminat nak hire aku dengan beberapa orang teman ku yang lain!!
akan ku pertimbangkan! hahahahahaha

citer apa lagi nak aku coret kan...!
erm..banyak cerita menarik orang tak tahu!
jumpa lagi pada series ketiga!

Sunday, June 7, 2009

welcome to Kuantan 2009


kali ini..aku ditugaskan untuk ke kuantan bersama satu rombongan bagi menjayakan satu pesta sukan..

banyak pengalaman yang menarik berlaku sehingga aku sendiri naik fed up...

perjalanan bermula tepat jam 12 malam..

dari kota bharu ke kuantan memakan masa kira-kira lima jam..

tapi..bas rosak tengah jalan..kami berhenti di Jabi..hampir lima jam tersadai di Jabi..

semua peserta dah naik fed up dengan kerosakan luar jangka..

macam-macam karenah aku tgk..

ada sempat lagi menggatal..pergi melepak dan bersantai dalam kedai kopi..menunggu kedatangan mekanik..lama betul!!!! kadang2 aku pun naik hantu!!!!!!!!!

apa punya peserta la macam tu!!!!!!!!!!
setelah bas dah berjalan seperti biasa..tapi perjalanan kota bharu-kuantan ambil masa 12 jam..macam kami ni nak pi johor la pulak..tapi itu adalah sebahagian dugaan bila kita memulakan perjalanan di waktu malam....




Friday, January 23, 2009

Perjalanan Itu

semakin jauh melangkah, semakin banyak ilmu ditimba,
semakin dalam berfikir, semakin cerdas minda.'
Andai rebah dalam kegagalan, bangkitlah dari ruangan kerebahan itu..
Gagal bukan gagal selamanya..
Kejayaan bukan sekali kerana kejayaan akan berulang sekiranya usaha ditingkatkan..


begitu juga dengan aku..
semakin jauh aku pergi mencari, semakin banyak rahsia terurai dan timbul..
semakin dalam aku cuba aku fahami, semakin lama aku terkapai-kapai dalam kegelapan..
perjalanan tidak akan berhenti selagi aku melangkah ke satu fasa baru..
aku sentiasa melangkah..sekiranya aku rebah..aku akan bangun dari kejatuhan itu..

Hidup ini adalah indah..
Corak warna bentuknya ditangan kita..
jangan sia-siakan keindahan itu..



Thursday, January 8, 2009

Kenangan lalu Mengingatkan aku pada kawan2 ku

Kenangan lalu takkan mungkin berulang..
Kenangan ini akan sentiasa tersemat di hati kita walau di mana sahaja kita berada..
Semoga korang suksess selalu..
-Multi Expert The Best Group-
(seminar dan amalan perancangan)
AREA3176
...Persahabatan ini akan sentiasa berkekalan buat selamanya...

"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
kata-kata Pujangga