Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang benar (iaitu ajaran Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar." (Surah Al-Isra’ : Ayat 9)
oleh al-Imam al-Ghazali, beliau berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.
Kehenseman Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani…. Lelaki yang cantik…. Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan, Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran, Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun, Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada, Adalah lelaki yang tak pernah putus asa, Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati, Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummiy, adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kecantikan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan, Perempuan yang gagah…. Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan, Adalah perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan, Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan, Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan, Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman, Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan, adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
********************************************************************************************************************
Ya Allah, kiranya Rasul-Mu hidup bersahabat, kurniakan jua aku sahabat. Tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong yang membenarkan-Mu. Tetapi jika aku seorang sahabat yang tidak menghargai, Kau ampunkan dosaku, dan Kau kurniakan kegembiraan kepadanya. Amin…
********************************************************************************************************************
Bila kau letih dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kau mencuba sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira titisan air matamu..
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
ALLAH setia disisimu..
Bila kau telah mencuba segalanya,tapi tidak tahu tujuan..
ALLAH ada jalan penyelesaiannya..
Bila tidak ada yang bererti buatmu,keliru dan kecewa..
ALLAH adalah jawapannya..
No comments:
Post a Comment