Pages

Tuesday, December 23, 2008

Renungan Bersama

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang benar (iaitu ajaran Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar." (Surah Al-Isra’ : Ayat 9)

 

 

oleh al-Imam al-Ghazali, beliau berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.

 

 

 

Kehenseman Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani…. Lelaki yang cantik…. Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan, Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran, Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun, Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada, Adalah lelaki yang tak pernah putus asa, Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati, Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummiy, adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kecantikan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan, Perempuan yang gagah…. Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan, Adalah perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan, Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan, Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan, Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman, Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan, adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

 

********************************************************************************************************************

 

Ya Allah, kiranya Rasul-Mu hidup bersahabat, kurniakan jua aku sahabat. Tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong yang membenarkan-Mu. Tetapi jika aku seorang sahabat yang tidak menghargai, Kau ampunkan dosaku, dan Kau kurniakan kegembiraan kepadanya. Amin…

 

********************************************************************************************************************

 

Bila kau letih dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kau mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira titisan air matamu..

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
ALLAH setia disisimu..

Bila kau telah mencuba segalanya,tapi tidak tahu tujuan..
ALLAH ada jalan penyelesaiannya..

Bila tidak ada yang bererti buatmu,keliru dan kecewa..
ALLAH adalah jawapannya..

Sunday, December 21, 2008

Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya :

1) Benar-benar kenali Allah

2)Benar-benar jaga perintah Allah

3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw

4)Selalu berwudhu'

5)Redha menerima qadha dan qadar Allah

6)Yakin dengan janji Allah

7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk

8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan

9)Rajin dalam beribadah

10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah

11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda

12)Sedar syaitan musuh utama.

Moga kita tergolong mereka..muhasabah kembali diri kita , jom..Insya Allah

  

 

"Orang2 yang merancang untuk membuat maksiat (yakni nak pi dating ke), badannya akan mengeluarkan bau yang sangat BUSUK.. Semua makhluk ciptaan Allah SWT boleh hidu bau ni kecuali MANUSIA dan JIN.. Sebab itulah, di dunia ni kalau kita perasan, pasangan bercouple ni kalau nak dating, memang berbau WANGI (kononnya nak nampak perfect depan pasangan masing2)... Sampaikan lalu di depan orang, boleh sakit hidung, kadang2 terbersin... Tapi seandainya haiwan boleh berkata2, pasti dia tak tahu nak jelaskan macamana BUSUKNYA orang2 yang merancang membuat MAKSIAT.. MAlaikat sendiri tak tahan dengan bau BUSUK ni...

TETAPI... orang yg sentiasa nak mengelakkan diri dari MAKSIAT, MasyaALLAH, dirinya sungguh WANGI di hadapan ALLAH swt.. Para MALAIKAT tersenyum mencatat amalan kebaikan mereka.. Tak mahukah kita jadi hamba yang diMULIAkan ALLAH??... Jadi, elakkan ZINA, banyakkan berzikir, solat sunat... yang utama PUASA (kerana ia boleh menundukkan HAWA NAFSU)..

Scientist has proved that the sound which comes from heart beat is LUB DUB. But now they analyze that it is RUB RUB... RUB is an Arabic word which means who made each n everythin.... That is ALLAH............So it means every heart beat says ALLAH ALLAH............. If u believe in dis...........fwd dis to all ur FRNDS; including ME. The Holy Prophet (SAW) said, Stop doing everything during the Azaan, even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima E Shahada on his/her death bed...

 

sEMoGA kiTa sENtIaSA mENGINGATI ALLAH SWT


Mimpi Seorang Gadis

MIMPI SEORANG GADIS Untuk Renungan Bersama..... .
Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH" "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLA ....... WASSALAM!!!. .......



Cerita ini telah disampaikan kepada ku melalui seorang temanku..